Angin

View this post on Instagram

Angin politik Malaysia kembali bertiup kencang dengan timbulnya isu video yang mengaitkan seorang lelaki dengan seseorang yang didakwa sebagai menteri kabinet. Seawal tersebarnya video tersebut, hati ini amat gusar kerana terfikirkan 1001 masalah yang bakal mendatang kepada umat ini dek sebaran video berkenaan.⁣⁣ ⁣⁣ Oleh kerana merasakan perlunya satu panduan yang tuntas kepada umat Islam di Malaysia, saya meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian dan menyiapkan 4 buah artikel Bayan Linnas berhubung isu ini petang tadi.⁣ ⁣ ⁣ Memetik kata YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato' Seri Mujahid Yusuf Rawa, "Apa yang lebih membimbangkan ialah masyarakat kita kini langsung tidak mempunyai rasa malu apabila secara terbuka dan terang-terangan membuat pengakuan melakukan maksiat. Tindakan seperti ini bukan sahaja memalukan tetapi menjejaskan kesucian Islam." ⁣⁣ ⁣ Saya mencadangkan agar kita semua sentiasa bermuhasabah dengan mengingati Allah SWT kerana setiap perbuatan kita pasti akan diperhitungkan satu persatu oleh Allah SWT. Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, marilah sama-sama kita bermaaf-maafan dan mencari keredhaan Allah SWT selepas kita disucikan dengan ibadat puasa, zakat fitrah dan qiam pada Ramadhan yang lalu.⁣⁣ ⁣⁣ Kepada YB Dato' Seri Azmin Ali, Haziq Abdul Aziz, sesiapa sahaja yang berkaitan dan seluruh umat Islam di Malaysia, terimalah buah fikiran daripada saya, Zulkifli Mohamad al-Bakri, hamba-Nya yang Maha Mengetahui (al-'Alim), Maha Melihat (al-Basir), Maha Mendengar (al-Sami') dan Maha Adil (al-Adl). ⁣⁣ ⁣⁣ Inilah tanggungjawab yang telah saya lunaskan selaku Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan apa yang termaktub dalam al-Qur'an dan al-Sunnah berhubung isu ini.⁣⁣ ⁣⁣ 1. Peristiwa al-Ifki (Fitnah Terhadap A’isyah RA): Pengajaran Menghadapi Fitnah Semasa⁣⁣ http://bit.ly/hadithifk⁣⁣ ⁣⁣ 2. Bahaya Fitnah⁣⁣ http://bit.ly/bfitnah⁣⁣ ⁣⁣ 3. Isu Qazaf: Adakah Termasuk Tuduhan Liwat?⁣⁣ http://bit.ly/qazafliwat⁣⁣ ⁣⁣ 4. Tabayyun Dalam Penerimaan dan Penyampaian Berita⁣⁣ http://bit.ly/tabayyunberita⁣⁣ ⁣⁣ Moga bermanfaat untuk semua.⁣⁣ *Setiap pautan boleh juga diakses di Highlights/IG Stories. ⁣

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s