Lidah dan hati.

Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim.Dia meminta Luqman menyembelih kambing itu dan berpesan,
“Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan.”

“`Setelah Luqman menyembelih kambing itu,dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih.Kali ini dia berpesan untuk memberinya bahagian yang terbaik dari kambing itu.Setelah disembelih,Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman,“`
“Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk.Dan mengapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan menghantar bahagian yang terbaik?”

Luqman menjawab,

“Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya,dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruknya!”

“`Mendengar jawapan yang bijaksana itu,
wanita itu lalu memahami maksud Luqman.Sebabnya hati dan lidah adalah segala kebaikan,
begitu juga sebaliknya,dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan.

Oleh itu hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan.
Jagalah hati kita dan jagalah lidah kita.“`

SALAM AIDILADHA 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s